Penterjemahan Bahasa Malaysia
Joint Statement/Kenyataan Bersama – 5/2/2013
GAJI MINIMA UNTUK SEMUA TERMASUK PEKERJA MIGRAN
- Tidak harus berlaku pemotongan gaji pekerja untuk majikan menebus bayaran
levi –
Kami, 67 pertubuhan masyarakat umum, kesatuan
sekerja dan kumpulan adalah terkejut dengan keputusan terkini cabinet Malaysia
pada 30/1/2013 untuk membenarkan majikan pekerja migrant menebus kembali wang
levi, yang terpaksa majikan membayar
kerajaan Malaysia untuk mengambil
pekerja migran kerja, daripada pekerja migrant melalui pemotongan gaji.
Berasaskan
undang-undang, pekerja di Malaysia seharusnya menerima gaji minima RM900[USD291]
(Semenanjung Malaysia) dan RM800[USD259] (Sabah dan Sarawak) mulai 1/1/2013.Khalid
Atan, Presiden Malaysian Trade Union Congress(MTUC) menyatakan bahawa jika kini
pekerja migran diperlukan membayar levi, maka polisi gaji minima akan tidak
memberikan mereka apa-apa faedah, kerana apa kelebihan yang akan dinikmati
penambahan gaji akan hilang begitu sahaja untuk levi [“…if workers were asked to pay the levy, the minimum wages policy
would not benefit them at all, as whatever little increase in salary they
enjoyed, would be wiped out with the levy payment…” [Star, 10/1/2013, MTUC:
Don't give in to employers' demand on foreign workers levy]]
Setengah
majikan cuba mengelak obligasi membayar
gaji minima, yang merupakan gaji pokok tidak termasauk kerja lebih masa, elaun
sedia ada dan faedah kerja yang lain. Mereka cuba mengatur semula pembayaran
kepada pekerja dengan memasukkan semua elaun lain, insentif dan faedah untuk
sampai kepada angka RM900, di mana ini adalah salah. Setengah majikan cuba
mendapatkan pekerja mereka menandatangani dokumen mempersetujui pindaan kepada
pembayaran, di mana ini lebih mudah apabila tidak wujud kesatuan sekerja.
Pekerja, secara umum, tidak ada tempat untuk mengadu, atau pilihan dalam hal
perkara ini khususnya apabila kini ramai pekerja yang telah diambil kerja
berasaskan kontrak pekerjaan jangka pendek. Keengganan pekerja bererti tidak
ada pembaharuan/perlanjutan kontrak sedia ada atau tidak ada kontrak pekerjaan
baru apabila kontrak sedia ada tamat.
Untuk
mengelak obligasi membayar gaji minima, kerajaan
Malaysia juga telah membenarkan majikan hak untuk memohon untuk penangguhan
pembayaran gaji minima, dan melalui Perintah Gaji Minima(Pindaan) 2012
bertarikh 29/12/2012, nyata kerajaan telah mengizinkan lebih daripada 500
majikan penangguhan untuk mula membayar gaji minima. Apa yang salah dalam
proses ini adalah bahawa pekerja yang akan terima padah keputusan ini (‘aggrieved’)
dan/atau kesatuan sekerja mereka tidak diberikan sebarang hak untuk didengar
sebelum permohonan majikan untuk menafikan hak pekerja ini untuk mendapatkan
gaji minima ditangguhkan diputuskan.
Kerajaan
Malaysia, dahulu, berasaskan permohonan setengah majikan, telah membenarkan majikan
membuat potongan gaji dan/atau pendahuluan kepada pekerja bercanggah dengan
peruntukan umum undang-undang, di mana ini dilakukan dengan niat membenarkan
majikan mendapat kembali daripada pekerja migran segala belanja majikan membawa
pekerja migrant tersebut untuk kerja untuk mereka di Malaysia. Kadang-kadang,
ini bukan sahaja untuk majikan mendapatkan kembali levi yang telah dibayar
sahaja, tetapi juga kesemua kos majikan untuk merekrut dan membawa masuk
pekerja migran. Kebenaran ini juga telah diberikan tanpa konsultasi atau
persetujuan pekerja atau kesatuan sekerja. Mulai 1/4/2009, kerajaan Malaysia
menghentikan amalan ini, dan menjelaskan bahawa majikan yang sepatutnya membayar
levi, dan majikan dihalang mendapatkan kembali wang ini daripada pekerja
migran.
Labour
Director-General Datuk Ismail Abdul Rahim dilapurkan menyatakan bahawa,”Rational
disebalik tindakan memerlukan majikan
membayar levi adalah untuk tidak mengallakkan(‘discourage’) mereka mendapatkan pekerja migrant[“…The rationale
behind getting employers to bear the levy was to discourage them from employing
foreigners…” [Star, 16/4/2009, Employers
can deduct levy from wages, again]]. Maka, keputusan kini memerlukan
pekerja migrant sendiri bayar levi sememangnya membatalkan niat kerajaan
mengenakan levi , iaitu untuk tidak mangalakkan majikan mengambil pekerja
migran.
Keputusan
baru kerajaan ini adalah untuk mengurangkan kos pengambillan pekerja majikan,
kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah [ ‘… is to alleviate the hiring cost for employers, said Finance Minister II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah...’
[Star, 30/1/2013, Cabinet: Foreign workers to pay levy instead of employers
with immediate effect]. Jika kerajaan Malaysia mahu mengurangkan masalah
kewangan majikan yang mengambil pekerja migrant, secara wajar apa yang patut
dilakukan oleh kerajaan adalah mengurangkan atau membatalkan levi tersebut –
bukan sama sekali mengalihkan beban dari majikan kepada pekerja.
Pekerja
migrant banyak berkorban apabila memilih datang ke Malaysia untuk bekerja
dengan majikan. Mereka terpaksa meninggalkan suami/isteri, anak, keluarga dan
kawan kerana undang-undang Malaysia hanya membenarkan pekerja migran sendiri
masuk dan bekerja di Malaysia, di mana pekerja migrant juga dihalang jatuh
cinta dan kahwin semasa tempoh pekerjaan di Malaysia, di mana ini kebiasaannya
adalah untuk 5 tahun. Pekerja migrant juga biasa menghadapi kehutangan besar
bila mereka ke Malaysia, kerana mereka terpaksa membayar, antara lain, ejen
rekruitmen, di mana ini termasuk bayaran sah dan tidak sah. Semasa di Malaysia,
mereka diikat kepada satu majikan – tidak ada hak menukar majikan. Bila mereka
menuntut hak, walaupun melalui proses dan laluan yang sah, mereka biasanya
diberhentikan kerja – di mana ini juga bermakna pembatalan visa/pas kerja
mereka justeru hak untuk terus berada(atau bekerja) di Malaysia. Pembatalan pas/permit
kerja dilakukan oleh kerajaan Malaysia tanpa mengambil kira sama ada terdapat aduan,
tuntutan atau kes yang masih tertunggak yang belum selesai berkenaan hak
pekerja.
Hakikat tidak
tentu dan bahaya (‘precarious’) pekerja migrant menjadikan mereka terbuka dan
senang dieksploitasi oleh majikan, yang sedar bahawa amat senang menafikan hak
pekerja dan juga terlepas daripada undang-undang dengan mudah. Sehingga
undang-undang dan polisi dipinda untuk menjamin hak pekerja migran, secara wajar pekerja migrant menjadi pekerja
pilihan berbanding dengan pekerka tempatan kerana senang sekali mengeksploitasi
pekerja migrant.
Kami
menuntut kerajaan Malaysia segera menarik balik atau membatalkan keputusan
kabinet Malaysia yang dibuat pada 30/1/2013(Rabu) membenarkan majikan pekerja
migran mengambil kembali(recover) duit levi yang mereka bayar kerajaan melalui
pemotongan gaji pekerja migran
Kami mangambil
pendirian bahawa semua pekerja, termasuk pekerja migrant, berhak menerima giji
minima, di mana ini adalah gaji pokok dan tidak harus termasuk elaun, faedah dan
insentif kerja yang lain. Majikan tidak
harus dibenarkan mengeluarkan apa-apa hak dan faedah yang wujud sebelum April
2012, iaitu tarikh Perintah Gaji Minima 2012 berkuatkuasa, daripada kontrak
pekerjaan sedia ada dan yang akan datang.
Kami juga
menuntut kerajaan Malaysia untuk mansuhkan segala bentuk diskriminasi terhadap
pekerja, berkenaan termasuk, diskriminasi berasaskan kewarganegaraan, jantina
dan tempuh perjanjian kerja mereka.
Charles Hector
Pranom Somwong
Syed Shahir Syed Mohamud
Bagi pihak 67
kumpulan yang dinyatakan:
ALIRAN
Angkatan Rakyat Muda Parti Rakyat Malaysia (ARM-PRM)
Asian Migrant Centre (AMC), Hong Kong
Asian Migrants Coordinating Body (AMCB) Hong Kong
Asia Monitor Resource Centre, Hong Kong
Asia Pacific Forum on Women, Law And Development
(APWLD)
Asia Pacific Mission For Migrants (APMM ), Hong Kong
Association of Indonesian Migrant Worker in Hong
Kong (ATKI-HK)
Bangladeshi Ovibashi Mohila Sramik Association
(BOMSA)
Burma Campaign Malaysia
BWI (Building and Wood Worker's International)
CAW (Committee for Asian Women)
Centre for Human Rights and Development-Sri Lanka
Center for Orang
Asli Concerns (COAC), Malaysia
CEREAL - Centro de Reflexión y Acción Laboral –
Guadalajara, Mexico
Clean Clothes Campaign( CCC )
Community Action Network (CAN), Malaysia
Community Development Services, Sri Lanka
COVA (Confederation of Voluntary Associations),
India
Electronic Industry Employees Union Western Region
(EIEUWR), Malaysia
Far East Overseas Nepalese Association (FEONA), Hong
Kong
Filipino Migrant Workers Union (FMWU)
GoodElectronics Network
Human Rights Ambassador for Salem-News.com
IMA Research Foundation, Bangladesh
International Domestic Workers Network
Kesatuan Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific
Sdn Bhd.
Kesatuan Pekerja-Pekerja MHS Aviation Berhad
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan
(EIEUSR), Malaysia
LSCW (Legal Support for Children and Women),
Cambodia
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and
Torture)
Malaysia Youth & Students Democratic Movement
(DEMA)
MAP Foundation, Thailand
Migrant Domestic Workers Trust, India
Migrant Forum, India
Migrant Health Association in Korea
MIGRANTE International
Mindanao Migrants Center for Empowering Actions,
Inc. (MMCEAI)
Mission For Migrant Workers - Hong Kong
MTUC (Malaysian Trade Union Congress)
Myanmar Ethnic Rohingyas Human Rights Organization
Malaysia (MERHROM)
National Domestic Workers Movement, India
National Union of Transport Equipment & Allied
Industries Workers (NUTEAIW)
Network of Action for Migrants in Malaysia (NAMM)
NLD-LA (National League for Democracy-Liberated
Areas), Malaysia
NUBE (National Union of Banking Employees), Malaysia
OKUP (Ovibashi Karmi Unnayan Program) in Bangladesh
Parti Rakyat Malaysia(PRM)
Paper & Paper Products Manufacturing Employees'
Union Of Malaysia (PPPMEU)
Persatuan
Sahabat Wanita, Selangor
Persatuan
Kesedaran Komuniti Selangor
Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah
Persekutuan (PERMAS)
PILAR (United Indonesians in Hong Kong against
Overcharging) , Hong Kong
Pusat KOMAS (KOMAS)
Saya Anak Bangsa Malaysia {SABM}
SUARAM, Malaysia
Tamilnadu Domestic Workers Union, India
Tamilnadu Domestic Workers Welfare Trust, India
Tenaganita, Malaysia
Transient Workers Count Too (TWC2), Singapore
United for Foreign Domestic Workers' Rights (UFDWR )
WAC, Philippines
WARBE Development Foundation-Bangladesh
Women Workers Lead
WH4C – Workers Hub For Change
Yayasan LINTAS NUSA - Batam – Indonesia
No comments:
Post a Comment